Kelompok Karaite Hari Ini Agama_Yahudi_Karaite

Kini dianggarkan terdapat seramai 4,000 orang Karaite di Amerika Syarikat, lebih kurang 100 buah keluarga di Istanbul, dan lebih kurang 12,000 di Israel, kebanyakan mereka tinggal Ramalah, Ashdod dan Beer-Sheva. Pihak lain menganggarkan saiz pergerakan Karaite moden adalah sebanyak dua atau tiga kali ganda bilangan-bilangan ini dengan menganggarkan seramai 30,000 orang atau lebih sedunia, dengan 20,000-25,000 orang tinggal di Israel.[2]

Pada awal tahun 1950-an, pihak Rabbi Besar Israel pada asalnya membantah kemasukan pendatang Yahudi Karaite ke Israel, dan cuba menghalangnya walaupun gagal. Kini, Rabbi David Chayim Chelouche, rabbi besar Netayana dipetik dalam Jerusalem Post sebagai berkata: "Seorang Karaite adalah seorang Yahudi. Kami menerima mereka sebagai orang Yahudi dan setiap seorang daripada mereka yang ingin kembali kepada [agama Yahudi aliran utama] akan kami terima. Pernah timbul satu persoalan suatu ketika dahulu mengenai samada orang Karaite perlu menjalani khatan sebagai tanda peralihan kepada agama Yahudi Rabbi, tetapi pihak rabbi bersetuju bahawa perkara tersebut kini adalah tidak perlu." [May 22, 2007, "Laying down the (Oral) law by Joshua Freeman"]

Moshe Marzouk, seorang Yahudi Mesir yang telah dihukum mati pada tahun 1954 kerana telah menanam bom di Kaherah sebagai khidmatnya kepada Bahagian Perisikan Tentera Israel adalah seorang Karaite. Marzouk dianggap hero dan syahid di Israel; walau bagaimanapun, identitinya sebagai Karaite tidak diheboh-hebohkan dalam penerbitan-penerbitan rasmi yang selalunya menggambarkannya sebagai "seorang Yahudi Mesir".

Sinagog Karaite di Ashdod

Di Israel, kepemimpinan Yahudi Karaite diketuai oleh sebuah kumpulan yang dipanggil "Universal Karaite Judaism". Kebanyakan anggota Badan Hakham kumpulan ini adalah berketurunan Yahudi Mesir.

lebih kurang 4,000 orang Karaite yang tinggal di Amerika Syarikat. Sinagog mereka, KJA Congregation Bnei Israel, terletak di Daly City, California yang merupakan subbandar San Francisco. Sinagog ini merupakan satu-satunya sinagog Karaite di Amerika Syarikat yang dilengkapi dengan fasiliti kekal. Lihat, Para pemimpin jemaah tersebut adalah berlatarbelakangkan Yahudi Karaite Mesir. Seorang jemaah yang terkemuka, Mark Kheder, bendahari Sinagog tersebut, telah menggambarkan penahanannya di dalam sebuah penjara kem perang di Mesir semasa Perang Enam Hari pada tahun 1967. Rabbi Joe Pessah dari Jemaah ini juga merupakan salah seorang mereka yang ditahan kerajaan Mesir.

Pada 1 Ogos 2007, beberapa anggota kelas lulusan pertama Karaite Jewish University telah berkonversi, lalu mewakili anggota bertauliah baru yang pertama ke dalam agama Yahudi Karaite dalam masa 500 tahun. Dalam satu majlis di sinagog mereka di California Utara, 10 orang dewasa dan empat orang remaja menyertai orang-orang Yahudi itu dengan melafaz sumpah yang pernah dilafazkan oleh Ruth. Kursus pengajian mereka berlangsung lebih daripada setahun. Konversi ini datang 15 tahun selepas Persidangan Para Pendeta Karaite membatalkan larangan berkurun-kurun lamanya terhadap penerimaan pemeluk baru.[3]

Terdapat lebih kurang 80 orang Karaite yang tinggal di Istanbul, Turki. Di sana terdapat Kahal haKadosh be Sukra bene Mikra yang merupakan satu-satunya sinagog di Turki yang masih berfungsi dan terletak di kawasan kejiranan Hasköy di bahagian bahagian Eropah bandar tersebut.

Berkaitan